Sunday, April 10

sangat sayang abah ummi !

MOHD FUAD BIN ABU BAKAR itu adalah nama abah saya.
NOAMI BINTI MOHD NOR itu adalah nama ummi saya.
mereka sangat hebat.mereka sangat gagah.mereka sangat tabah.mereka la segala-galanya.
setiap tangisan ditenangi.setiap kesakitan diubati.setiap kemahuan saya.mereka berusaha untuk mendapatkannya.tiada siapa lagi didunia ni yang boleh sebegitu kepada saya.hanya mereka.
kadang-kadang saya ni terlalu nakal dan kadang kadang tak dengar apa yang mereka cakap.
abah yang bersusah payah mencari wang untuk membesarkan dan menyekolahkan saya.
ummi yang bersusah payah berjaga siang malam melayan kerenah saya yang tak henti henti.
huuuuu.sedih pulak bila meluahkan perasaan dan terbayang wajah abah dan ummi saya yang berada 
dirumah sana.walaupun mereka tidak jauh dengan saya.tetapi saya yang berada disini
menyambung pelajaran,tidak pernah lupa dengan nasihat dan harapan mereka untuk lihat saya berjaya.
saya juga kadang kadang main main dalam pelajaran.secara tidak sedar.mereka sebenarnya kecewa dengan saya.tapi mulai saat ini.saya tidak akan lagi menjadi seperti dulu.berubah dan berubah.
ini semua adalah untuk abah dan ummi.lantak la orang nak kata apa.
walaupun umur dah semakin tua.bermanja manja dengan abah dan ummi bukan benda tak senonoh pun.
ibu bapa kita jugak kan.walaupun segala penat lelah mereka banyak dihabiskan untuk kita.jangan la kita
sombong dan tak sedar diri apabila kita sudah hidup senang.kita masih ada tanggungjawab lagi pada mereka
selagi mereka masih hidup.bila mereka sudah tiada pun,kita juga masih bertanggugjawab lagi pada mereka.
iaitu doa yang tidak putus putus agar mereka bahagia di dunia dan di akhirat.dalam hadis juga ada mengatakan."terputus semua didunia kecuali TIGA : sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan DOA ANAK YANG SOLEH !"disini saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan kepada yang lain yang semakin melupakan orang terpenting sekali dalam hidup kita.sedarlah.kita hidup di dunia ni hanya sementara.berbaik baiklah dengan ibu bapa kita.


inilah wira hidup saya.abah dan ummi tersayang !
dimana pun along berada,abah dan ummi along tidak lupakan.
huk huk huk.sadisnya ... 
that's all
bye
bye

No comments:

heheh ..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers