Monday, September 20

kecoh raya ex-sambbst

setahun berlalu.maka bertemulah muka-muka yang dah lama tak nampak.haha.siapa yang aku cerita ni ha?
haaaa.budak-budak form 5 tahun 2008.aidilfitri tahun ni lah ada peluang sikit la nak jumpa diorang ni.kalau tak,tak jumpa kot.heeee.baru sampai je dah dengar dah gelak-gelak,masok air sana sini.kecoh sana sini.adess.dengan tak cukop tidurnye,ngan tak makannye.huh.melayan la budak-budak ni.aku ni antara individu yang terlewat.hehe.just dapat terjah empat bijik rumah je.ok la.first.rumah ahya.mula-mula datang dah confident rumah dye.sekali sesat pulak.haha.dah lama tak masuk kg.labohan dagang.sampai-sampai je,start sudah gedik-gedik diorang tuh.aku nak menggedik tak berkesempatan pulak.perut kosong.mata sembam.huh.



nampak tak.gedik kan.haha.

aku terjah balang kuih raya.sayangnya tak de nasik dalam balang tu.

haha.cekik je la.



hehe.ni tuan rumah.ahya nama dia.
nak ngorat.kantoi ngan candid pulak.tak pe la.lain kali cuba lagi.
hahah.ahya:kau teramat gedik,jaga nada gelak anda.




nak belah dah.
ready to terjah second house.

ROUND 2

pergi pulak rumah kedua.rumah azizan pulak.dekat je.sekampung dengan ahya ni.
sampai-sampai je.dia ingat gadis-gadis aje yang datang rumah dia.lalu aku pon menyeru nama dia.
dengan muka terkejut beliau dengan melihat aku tiba-tiba muncul.hmmmm.siapa la aku kan.duhhh.
dah sebut je azizan@john.apa lagi upacara bahan membahan pon diteruskan la.
seperti yang berlaku pada tahun 2008 lalu.ngeeeeee.start la sudah gelak-gelak pecah perut.
makan pon tak senang.nak kunyah je gelak.nak gelak je kunyah.kau memang still masok air la.
haha.dia belum complete kalau tak de garam.haha.
kita tengok je la nanti.ada la story yang kena mengena dengan mamat ni.


ini wak jijan.koknye ngomong2-nye tak berenti.
tersengeh je.tergelak meraung-raung.huh.
penat-penat.




mereka ni pula.start menggedik.
pantang di-candid.pose aja.
layan sajalah.




budak kecik ni.
sering dibuli semasa zaman persekolahan beliau.haha.
aku geram nak sekeh kepala dia.kenapa?
5 zuhud tau la kot kenapa.ngeh3.
ouch..rambut saya agak selekeh.




dah puas tergelak terkekek.
maka,berakhir la raya dirumah wak jijan ni.heeeeee.

ROUND 3

maka bermula lah satu perjalanan yang agak jauh.ke bukit bangkong.
ye ke camni nama dia.ntah.bedal saja la.rumah ikram@garam.rumah dia ni la nak diterjah.
gps pon dah ada.wak jijan menjadi guide kami.haha.belok sana belok sini.terus.berenti.
tu je la yang disebut dari rumah dia sampai ke rumah garam.
tapi  gps dia blackout kejap.maksudnya kami sesat.haha.terpaksalah tuan rumah keluar.
carik dimana kami terkandas.garam pon tiba dengan muka yang harmoni.
dengan badannya yang kini sasa.haha.lalu mengheret kami kerumahnya.
dah sampai pon.kena gelak jugak.aduuhh.pecah perut lagi.pecah bibir.pecah gusi.
terbukalah cerita-cerita yang mengimbau kisah silam.zaman-zaman noty dulu.haha.kah3.
itu je la respon-nye.gelak dan terus gelak.macam garam sorang je dekat rumah.dah kata 5 zuhud.
kat mana-mana je koknye sama.adoii.terjawa pulak.haha.




ha..gelak-gelak la puas-puas.
tepekik.terlolong.cuba perhatikan wak jijan.seluas-luasnya mulot terbukak.
bahan-membahan.itulah hobi kami.hehe.happy gila la dude.




haaa.ini adalah ikram.
tengok muka pon dah tau.nak membahan je keje.plus plak ngan john.
haru biru.anyway.best la.




maka beransur dari rumah si garam.
last destination.
patah balik ke klia.

ROUND 4

sudah tiga bijik rumah yang dah terbukak.seterusnya ke rumah yang last terbukak untuk kami.
haha.destinasinya di enstek.ntah apa nama taman dia.klia.sepang.sama la kuutt.
rumah nasuha.pergi rumah dia ni pon boleh tahan pening.
pusing sana sini.round board sana sini.traffic light bersepah.huh.
on the way ke sana agak tergesa-gesa coz masa dah suntuk.si farouq ayam pon dah tunggu sana.
jemput si farouq than terus ke rumahnya.dah sampai rumahnya.baru lah ada makanan berat dihidang.
nak gelak-gelak kena tapis sikit.bak kata john."bapaknye tido.koknye tak boleh bising-bising"
agaknya macam tu la dia cakap.tak ada apa sangat nak dibuat.sebab dah puas gelak dekat 
tiga bijik rumah sebelumnya dah pueh gelak ketawa.so..makan mencekik.borak-borak dan belah.
lutut pon dah longgar.berjalan kesana kemari.anyway.best la.
bukan selalu nak jumpa korang-korang ni.




walaupun dah penat.
mereka masih menggedik.
haha.jangan nak marah la.rilek sudah.




yang tengah itu adalah nasuha nya.
mesti korang ingat dia adalah ibu kepada dua orang ini kan.
hahaha.gurau sajalah.



hani dan soul.
kepala korang amat unik.
hahaha.jangan marah ha.bila lagi la kan nak cakap macam ni.
hehe.dengan diorang ni la balik dengan ERL.
masih kecoh walaupun mulot dah krem.haha.

BYE

BYE

SEMOGA BERTEMU DI LAIN HARI



SAYANG KORANG LAH.KORANG MEMANG BEST LAH.
JUMPA LAGILAH.
TERBAIKLAH.
K.
BELAH DULU.

No comments:

heheh ..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers